Cara Daftar Dan Aktifkan BSNSecure Untuk Pengesahan Transaksi Perbankan Internet myBSN
BSNSecure merupakan ciri keselamatan dalam talian yang dipertingkatkan untuk Perbankan Internet myBSN. Melalui aplikasi BSNSecure, ia membolehkan anda mengesahkan transaksi Perbankan Internet myBSN dengan selamat dan lancar melalui peranti mudah alih yang berdaftar.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk daftar dan aktifkan BSNSecure melalui aplikasi di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi BSNSecure, pada laman pendaftaran ini, tekan pada Register Now.
2. Kemudian, isikan saja nama pengguna akaun myBSN anda pada ruangan yang disediakan.
3. Jika sudah selesai, tekan Submit.
4. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda pengesahan gambar sekuriti yang dipaparkan adalah betul.
5. Seterusnya, isikan pula kata laluan akaun myBSN anda pada ruangan yang disediakan.
6. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
7. Pada laman ini, isikan nama peranti anda pada Device Name. Sebagai contoh, jika peranti yang anda guna sekarang ini adalah iPhone 15 Pro, boleh saja namakan Device Name sebagai iPhone15Pro.
8. Untuk ID Number pula, isikan dibawahnya nombor kad pengenalan anda.
9. Jika sudah selesai, tekan Submit.
10. Sahkan nombor telefon anda seperti yang dipaparkan adalah betul dengan menekan pada Confirm.
11. Selepas itu, isikan pula nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
12. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengaktifan ini. Dijangkakan, pengaktifan BSNSecure akan mengambil masa kira-kira 12 jam.
Sebaik sahaja anda telah mendaftar dan mengaktifkan Aplikasi BSNSecure sebagai mod pengesahan, ia akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan semua transaksi perbankan internet myBSN anda menggantikan SMS TAC yang telah dimansuhkan.