Cara Bayar Bil TNB Dari Akaun Boost Wallet Melalui Aplikasi Boost App Malaysia

Dalam blog kali ini, kami kongsi dengan anda cara untuk bayar bil TNB anda dari akaun Boost Wallet menggunakan aplikasi Boost App Malaysia.

1. Selepas anda buka aplikasi Boost, pada laman utama ini, tekan pada Bills untuk mula membayar bil.

2. Kemudian, tekan pada Add Biller untuk pembayaran bil kali pertama.

3. Seterusnya, tekan pada Electricity.

4. Selepas itu, tekan Tenaga Nasional Berhad untuk bayar bil TNB.

5. Pada laman ini, tekan Next.

6. Kemudian, isikan saja nombor akaun bil TNB anda pada ruangan yang disediakan.

7. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

8. Selepas itu, isikan pula amaun bayaran bil ini pada ruangan yang disediakan.

9. Jika sudah selesai, tekan Next.

10. Untuk meneruskan proses bayaran bil ini, tekan Pay. Dan lengkapkan saja proses verifikasi sehingga selesai.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil TNB ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada View Transaction. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Next.

Cara Daftar Dan Aktifkan BSNSecure Untuk Pengesahan Transaksi Perbankan Internet myBSN
Cara Daftar Merchant Atau Rakan Niaga Boost Melalui Aplikasi Boost App Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *