Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Melalui Aplikasi Boost App Malaysia

Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai kredit prepaid anda dari akaun Boost Wallet menggunakan aplikasi Boost App Malaysia.

1. Selepas anda buka aplikasi ini, pada laman utama, tekan pada Prepaid.

2. Selepas itu, tekan pada Top Up.

3. Kemudian, isikan saja nombor telefon pada ruangan yang disediakan.

4. Seterusnya, pilih jenis telco seperti yang disenaraikan. Selepas itu, anda perlu pilih amaun tambah nilai kredit ini dari senarai yang diberikan.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

6. Untuk meneruskan proses bayaran, tekan Pay.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada View Transaction. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Next.

Cara Hasilkan Kod QR Boost Wallet Dan Print Untuk Terima Duit Dari Akaun Boost Wallet Lain
Cara Daftar Dan Aktifkan BSNSecure Untuk Pengesahan Transaksi Perbankan Internet myBSN

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *