Cara Pindah Duit Dari Boost Wallet Untuk Terus Masuk Ke Akaun Bank Secara Imbasan Kod QR DuitNow

Ikuti blog ini cara untuk pindah duit atau wang dalam akaun Boost Wallet anda secara imbasan kod QR DuitNow untuk masuk terus duit tersebut ke akaun bank penerima di aplikasi Boost App Malaysia.

1. Selepas anda buka aplikasi Boost, pada laman utama ini, tekan pada Scan. Pastikan anda telah simpan terlebih dahulu gambar kod QR DuitNow bank penerima dalam galeri gambar telefon.

2. Jadi, untuk imbas kod QR DuitNow bank penerima, tekan pada Scan from Gallery dari pilih kod QR tersebut untuk diimbas.

3. Seterusnya, isikan saja amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan.

4. Dibawahnya, ia akan paparkan nama akaun penerima duit ini. Jika sudah selesai, tekan Next.

5. Kemudian, isikan pula nota atau tujuan pindahan duit ini pada ruangan yang disediakan.

6. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

7. Selepas itu, lengkapkan proses verifikasi sehingga sehingga selesai.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit ini.

Memandangkan pindahan duit ini adalah secara imbasan kod QR DuitNow, maka duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank penerima dalam beberapa saat saja.

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak Boost App Malaysia.

Cara Daftar Dan Pautkan Akaun Boost Wallet Dengan DuitNow ID Di Boost App Malaysia
Cara Hasilkan Kod QR Boost Wallet Dan Print Untuk Terima Duit Dari Akaun Boost Wallet Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *