Cara Hasilkan Kod QR Boost Wallet Dan Print Untuk Terima Duit Dari Akaun Boost Wallet Lain
Dengan bayaran secara imbasan kod QR, ia memudahkan anda untuk membuat bayaran atau pindahan duit dari akaun Boost Wallet ke akaun Boost Wallet yang lain.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk hasilkan kod QR Boost Wallet dan print untuk terima duit dari akaun Boost Wallet lain.
1. Selepas anda buka aplikasi Boost App Malaysia, pada laman utama ini, tekan pada Transfer yang terletak di penjuru atas kiri.
2. Selepas itu, tekan pada DuitNow Qr.
3. Ia akan paparkan kod QR DuitNow bagi akaun Boost anda. Untuk muat turun kod QR ini, anda tekan pada Download QR. Ia akan secara automatik muat turun kod QR ini. Gambar kod QR yang telah disimpan ini boleh digunakan untuk diimbas kemudian atau pun print di kemudian hari.
4. Atau jika anda ingin kongsikan gambar kod QR ini kepada orang lain sama ada melalui WhatsApp, Telegram dan sebagainya, tekan pada Share.