Cara Mohon eBelia Rahmah eTunai RM200 Di Boost App Malaysia

Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk mohon eBelia Rahmah sebanyak RM200 dari aplikasi Boost App Malaysia.

1. Selepas anda buka aplikasi Boost, pada laman utama ini, untuk mula mohon eBelia Rahmah sebanyak RM200, tekan pada eBeliaRahmah for Youths ini.

2. Selepas itu, tekan pada Claim Now.

3. Dan tekan pula pada Submit Claim.

4. Kemudian, ia akan bawa anda ke laman pendaftaran permohonan eBelia Rahmah ini. Isikan saja butiran yang diminta seperti alamat, jantina, bangsa, status pendidikan, anggaran pendapatan bagi yang bekerja dan jenis industri pada ruangan yang disediakan.

5. Jika sudah selesai, tekan Submit.

6. Akhir sekali, ia akan paparkan status permohonan anda.

Cara Mohon eBelia Rahmah eTunai RM200 Di Setel App
Cara Daftar Sebagai Merchant Atau Rakan Niaga Touch ‘n Go di TNG eWallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *