Cara Daftar Sebagai Merchant Atau Rakan Niaga Touch ‘n Go di TNG eWallet

Sebagai peniaga, jika anda berdaftar dibawah program Rakan Niaga atau Merchant Touch ‘n Go, ia membantu anda untuk mengurus dan memantau transaksi jualan hanya di hujung jari melalui aplikasi TNG eWallet.

Antara kelebihannya, ia memudahkan pembeli membayar secara cashless melalui imbasan kod QR yang disediakan khas untuk urusan jual beli bagi perniagaan anda.

Jadi, dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk daftar sebagai Rakan Niaga Touch ‘n Go melalui aplikasi TNG eWallet.

1. Selepas anda buka aplikasi Touch ‘n Go dan pada laman utama ini, tekan pada bahagian Profile yang terletak di penjuru atas kanan.

2. Pada laman ini pula, anda tekan pada Merchant Dashboard.

3. Untuk mula mendaftar sebagai Rakan Niaga, tekan pada butang Sign Me Up As A Merchant.

4. Anda diberi dua pilihan sama ada berdaftar sebagai SME yang mempunyai pendaftaran SSM atau sebagai peniaga individu yang tiada pendaftaran perniagaan SSM. Sebagai contoh, kami daftar sebagai Individual Trader.

5. Pada bahagian ini, anda perlu memilih kategori industri perniagaan, jenis perniagaan dan anggaran pendapatan perniagaan anda pada senarai yang diberikan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.

6. Pada laman ini pula, anda perlu isikan butiran yang diminta seperi nama bank, nombor akaun bank, emel dan alamat pada ruangan yang disediakan. Pastikan maklumat akaun bank adalah pemilik akaun TNG eWallet yang sama. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Submit Application.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status permohonan tersebut.

8. Dalam 30 minint ke 1 jam, anda boleh mula mengakses Merchant Dashboard dalam aplikasi ini untuk memantau rekod bayaran dan jualan serta anda juga boleh memperoleh kod QR bagi transaksi bayaran untuk perniagaan anda.

Cara Mohon eBelia Rahmah eTunai RM200 Di Boost App Malaysia
Cara Daftar Dan Pautkan Akaun Boost Wallet Dengan DuitNow ID Di Boost App Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *