Cara Daftar Masuk Atau Login Ke Akaun Touch n Go eWallet di TNG App

Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk log masuk ke akaun Touch n Go eWallet anda di aplikasi TNG eWallet.

1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman daftar masuk ini, jika akaun telah berdaftar, tekan pada Log In.

2. Kemudian, isikan saja nombor telefon yang berdaftar dengan TNG eWallet pada ruangan yang disediakan.

3. Sekiranya sudah selesai, tekan Log In.

4. Selepas itu, isikan pula 6 digit PIN keselamatan anda pada ruangan yang disediakan. Jika anda terlupa nombor PIN ini, tekan saja pada Forgot your PIN.

5. Seterusnya, lengkapkan saja proses verifikasi pengecaman wajah sehingga selesai.

6. Kemudian, untuk pautkan peranti atau telefon sekarang dengan akaun TNG eWallet anda sebagai langkah keselamatan, tekan pada Update Now.

7. Dan sekali lagi lengkapkan proses verifikasi pengecaman wajah sehingga selesai.

8. Selepas itu, akaun TNG eWallet anda berjaya dipautkan dengan peranti sekarang. Dan tekan Ok dibawah untuk terus pergi ke laman utama aplikasi ini.

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak Touch n Go.

Cara Pindah Duit Dari Touch n Go eWallet Untuk Terus Masuk Ke Akaun Bank Secara DuitNow Di TNG App
Cara Log Masuk App Go by Bank Islam Untuk Lakukan Online Internet Banking Di Peranti

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *