Cara Tukar Nombor Passcode Atau Kod Laluan App Setel Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa nombor passcode atau kod laluan App Setel, anda boleh menukar ke kod laluan baru melalui aplikasinya.

1. Selepas anda buka aplikasi Setel, pada laman utama ini, tekan pada Lagi yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Selepas itu, tekan pada Maklumat peribadi.

3. Jadi, jika anda terlupa atau tidak ingat kod laluan Setel, tekan pada Lupa Kod Laluan yang terletak dibawah.

4. Selepas itu, pihak Setel akan menghantar nombor OTP pada emel yang berdaftar dengan akaun anda. Jadi, isikan saja nombor OTP yang diterima tadi pada ruangan yang disediakan.

5. Seterusnya, isikan kod laluan baru anda pada ruangan yang disediakan.

6. Dan sahkan sekali lagi kod laluan baru anda sebagai pengesahan.

Jadi, anda boleh gunakan kod laluan baru ini untuk mengubah butiran profil atau membuat bayaran. Jika anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan khidmat pelanggan Setel.

Cara Login Atau Daftar Masuk Ke App Setel
Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari RHB Mobile Banking

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *