Cara Semak Status Kelayakan Skim Perubatan MADANI SPM Secara Online Untuk Rawatan Di Klinik Swasta Secara Percuma
Skim Perubatan MADANI atau SPM merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk semak kelayakan Skim Perubatan MADANI SPM secara online melalui pelayar web di telefon masing-masing.
1. Anda perlu layari web ProtectHealth di pautan https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/. Pada laman ini, isikan saja nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
2. Selepas itu, tekan pada kotak ini untuk pengesahan.
3. Jika sudah selesai, tekan Semak.
4. Ia akan paparkan terus status kelayakan anda dibawah skim ini. Untuk mencari klinik, tekan pada Carian Klinik.