Cara Semak Kelayakan Permohonan Bantuan Sehingga RM150 Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak Kanak MyCRS

Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak atau MyCRS 2023 merupakan program rebat untuk golongan B40 dan M40 sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak demi meningkatkan keselamatan mereka yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Jadi, dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh menyemak kelayakan permohonan subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak secara online melalui pelayar web di telefon masing-masing.

1. Anda perlu layari laman web MyCRS di pautan http://www.mycrs.gov.my/orangawam/check. Pada laman ini, isikan saja nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.

2. Selepas itu, tekan pada Semak.

3. Ia akan terus paparkan kelayakan anda untuk dapatkan insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak ini.

4. Untuk menggunakan insentif ini, pastikan anda bawa dokumen pengesahan untuk diberikan kepada jurujual seperti satu salinan kad pengenalan depan dan belakang serta sijil lahir atau MYKID atau buku rekod kesihatan ibu mengandung.

5. Untuk mencari senarai wakil penjual kerusi keselamatan kanak-kanak ini, tekan pada Seterusnya.

Cara Semak Status Kelayakan Skim Perubatan MADANI SPM Secara Online Untuk Rawatan Di Klinik Swasta Secara Percuma
Cara Tukar Kata Laluan Akaun TGV Cinemas App MovieClub Member Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *