Cara Daftar Touch ‘n Go eWallet Melalui App TNG eWallet
Touch ‘n Go eWallet merupakan dompet elektronik yang mengandungi wang elektronik dalam bentuk aplikasi mudah alih dari TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).
Touch ‘n Go eWallet menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti pindahan wang ke pengguna Touch ‘n Go eWallet yang lain, tambah nilai prabayar atau pascabayar bil telefon anda, membayar bil utiliti, membeli tiket wayang, pembayaran kod QR bagi peniaga yang menyertai program Touch ‘n Go eWallet serta ia juga digunakan untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect.
Jadi, dalam blog ini kami akan berkongsi dengan anda cara mudah untuk mendaftar sebagai pengguna baru Touch ‘n Go eWallet di telefon masing-masing.
1. Selepas anda pasang aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini, buka aplikasi tersebut untuk melakukan pendaftaran. Untuk menukar bahasa, tekan pada butang penukaran bahasa yang terletak di bahagian atas.
2. Kemudian, pada laman ini, untuk mulakan pendaftaran, tekan pada ‘Sign Up’.
3. Pada laman ini, isikan nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan.
4. Sekiranya sudah selesai, tekan ‘Seterusnya’.
5. Dan isikan saja nombor OTP yang diterima pada laman ini.
6. Selepas itu, anda dikehendaki untuk memasukkan PIN keselamatan bagi urusan transaksi nanti pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang ‘SETERUSNYA’.
7. Pada laman soalan keselamatan ini, anda dikehendaki untuk memilih jenis soalan keselamatan berserta jawapannya pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang ‘SETERUSNYA’.
8. Pada laman ini pula, anda dikehendaki untuk mengisi butiran peribadi seperti nama penuh, taraf warganegara, jenis ID, nombor ID dan alamat emel. Pastikan anda menggunakan alamat emel yang aktif bagi memudahkan urusan dikemudian hari. Seterusnya, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan dengan pihak TNG eWallet.
9. Sekiranya sudah selesai, tekan butang ‘Hantar’. Kemudian, lengkapkan saja proses pendaftaran tersebut sekiranya ada sehingga selesai.