Cara Pindah Duit atau Transfer Wang Dari TrueMoney Wallet Ke Akaun TrueMoney eWallet Lain
Ikuti blog ini cara untuk lakukan pindahan duit yang ada dalam akaun TrueMoney Wallet anda ke akaun TrueMoney lain menggunakan nombor telefon yang berdaftar dengan dompet ini.
1. Selepas anda buka aplikasi TrueMoney Wallet, pada laman utama ini, untuk mula lakukan pindahan baki duit dalam akaun dompet, tekan pada Transfer.
2. Kemudian, isikan saja nombor telefon akaun TrueMoney Wallet penerima pada ruangan yang disediakan. Pastikan nombor telefon ini merupakan nombor yang berdaftar dengan TrueMoney Wallet.
3. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
4. Seterusnya, pastikan nama dan nombor telefon akaun penerima seperti yang tertera ini adalah betul. Diingatkan, pindahan ini tidak melibatkan caj tambahan. Selepas itu, dibawahnya pula, anda perlu isikan amaun pindahan pada ruangan yang disediakan.
5. Anda juga boleh menambah nota kepada penerima jika perlu.
6. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
7. Sahkan transaksi ini seperti nama, nombor akaun penerima serta jumlah pindahan adalah betul dengan menekan pada Confirm.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit tersebut. Untuk kongsi transaksi ini, tekan pada Share Receipt manakala untuk ulangi semula proses pindahan ini, tekan saja pada Repeat Transaction.