Cara Pindah Duit atau Transfer Wang Dari eWallet Balance Ke GO+ Balance Di Touch n Go eWallet

Selain daripada pembayaran tol, anda juga boleh melabur dalam Touch ‘n Go eWallet melalui GO+ dan pengeluaran duit tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa. Anda juga boleh pindah dana atau duit dari akaun eWallet Balance ke akaun GO+ Balance.

Jadi, dalam blog ini, kami nak tunjukkan cara bagaimana anda boleh lakukan pindahan duit atau baki wang yang ada dalam akaun eWallet Balance ke akaun GO+ Balance di aplikasi Touch n Go eWallet masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Touch n Go eWallet, pada laman utama ini, untuk mula lakukan pindahan wang tersebut, tekan pada Reload.

2. Kemudian, tekan pada GO+ Balance.

3. Pada laman Cash In ini, anda diberi pilihan untuk menambah duit ke akaun GO+ dari eWallet Balance atau secara online banking. Untuk pindah duit yang ada dari akaun baki eWallet, tekan pada eWallet Balance.

4. Seterusnya, isikan saja jumlah pindahan duit tersebut pada ruangan Enter amount dibawahnya.

5. Atau anda juga boleh pindah keseluruhan duit yang ada dalam akaun eWallet Balance dengan menekan pada Maximum.

6. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat yang dinyatakan.

7. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan wang yang telah anda lakukan.

Diingatkan, pindahan duit dari akaun eWallet Balance ke akaun GO+ Balance tidak dikenakan sebarang caj. Maka, baki terkumpul dalam akaun TNG eWallet anda juga tiada sebarang perubahan.

Cara Daftar Akaun Bungkusit Melalui Aplikasi Bungkusit – Delivery / Runner
Cara Pindah Duit atau Transfer Wang Dari TrueMoney Wallet Ke Akaun TrueMoney eWallet Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *