Cara Daftar Akaun Bungkusit Melalui Aplikasi Bungkusit – Delivery / Runner
Sebagai aplikasi penghantaran atas Permintaan atau On-Demand Delivery, Bungkusit membantu anda dapatkan apa-apa sahaja yang inginkan, dari mana-mana dan pada bila-bila masa seperti mengepos bungkusan, menhantar hadiah disaat akhir, membeli sarapan, makan tengahari, makan malam dan dan sebagainya.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun Bungkusit sebelum anda boleh mula membuat tempahan penghantaran.
1. Setelah anda muat turun dan buka aplikasi Bungkusit Delivery / Runner, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan pada Sign Up.
2. Pada laman pendaftaran ini, isikan saja maklumat yang diminta seperti nama, alamat emel, nombor telefon, kod rujukan jika ada dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Kemudian, tandakan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.
3. Sekiranya sudah selesai, tekan Sign Up.
4. Seterusnya, pihak Bungkusit akan menghantar satu emel pengesahan pendaftaran akaun. Dalam emel ini, anda perlu tekan pada pautan ini Verify Email untuk proses pengesahan.
5. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengesahan emel anda.