Cara Tukar Tetapan Bahasa Di App Instagram Ke Bahasa Melayu Atau English
Selain dari English, anda juga boleh menukar tetapan bahasa dalam aplikasi Instagram ke bahasa Melayu dengan mengikuti beberapa langkah yang kami tunjukkan dalam blog ini.
1. Setelah anda buka aplikasi Instagram, anda perlu pergi ke bahagian Profile atau tekan saja pada gambar Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.
2. Seterusnya, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru kanan atas.
3. Selepas itu, tekan pada Settings.
4. Pada bahagian Tetapan ini, tekan pada Account.
5. Kemudian, tekan pada Language untuk mula menukar bahasa.
6. Untuk menukar bahasa dalam aplikasi Instagram ke Bahasa Melayu, anda tekan saja pada Bahasa Melayu.
7. Ia akan secara automatik menukar bahasa dalam aplikasi ini ke Bahasa Melayu. Proses ini hanya mengambil masa dalam beberapa saat saja.
Selepas ini, aplikasi Instagram anda akan menggunakan Bahasa Melayu dari laman utama hinggalah ke tetapan aplikasi.
Untuk menukar semula tetapan bahasa aplikasi Instagram ke bahasa lain, anda boleh ulangi proses yang sama seperti yang ditunjukkan dalam blog ini.