Cara Tukar Kata Laluan Akaun McDonald’s App Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun McDonald’s App, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi McDonald’s di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi McDonald’s, pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak dipenjuru atas kiri.
2. Kemudian, tekan pada My Account.
3. Pada laman log masuk ini, tekan pada Can’t remember your password untuk mula menukar kata laluan baru.
4. Seterusnya, isikan pula alamat emel yang berdaftar dengan aplikasi ini pada ruangan yang disediakan.
5. Sekiranya sudah selesai, tekan Reset password.
6. Kemudian, pihak McDonald’s App akan menghantar satu emel pengesahan penetapan semula kata laluan. Dalam emel ini, anda perlu tekan pada pautan ini Click here untuk proses seterusnya.
7. Pada laman ini, isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Diiingatkan, kata laluan ini mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh McDonald’s App. Jika sudah selesai, tekan Reset password.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.