Cara Tukar Instagram Ke Mod Gelap | Change Insta App To Dark Mode
Sekiranya anda ingin menukar laman di akaun Instagram sendiri ke tema Mod Gelap atau Dark Mode, anda boleh buat penukaran tersebut melalui aplikasi dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dalam blog ini.
1. Setelah anda buka aplikasi Instagram, anda perlu pergi ke bahagian Profile atau tekan saja pada gambar Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.
2. Seterusnya, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru kanan atas.
3. Selepas itu, tekan pada Settings.
4. Pada bahagian Tetapan ini, tekan pada Dark mode untuk mula menukar ke Mod Gelap.
5. Disini, ia akan memberi anda pilihan sama ada untuk menghidupkan mod gelap ini atau mengikut tetapan sistem peranti. Untuk aktifkan Mod Gelap, tekan pada On.
6. Dalam Mod Gelap ini, paparan di laman Instagram anda akan bertukar gelap manakala tulisannya pula bertukar pada warna putih.
Untuk menukar semula tetapan ini ke versi yang asal, anda boleh ulangi proses yang sama seperti yang ditunjukkan dalam blog ini.