Cara Log Masuk Atau Login Ke Akaun MyDigi App

Aplikasi MyDigi memudahkan anda untuk membeli pelan internet dan panggilan serta menyemak baki terkini kredit. Selain itu juga, anda boleh membuat tambah nilai kredit prabayar terus menggunakan aplikasi ini.

Jadi, dalam blog ini, kami nak tunjukkan cara mudah untuk log masuk ke akaun MyDigi App di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi MyDigi App, pada laman ini, tekan pada Start.

2. Seterusnya, isikan saja nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan.

3. Sekiranya sudah selesai, tekan Login.

4. Kemudian, Digi akan menghantar nombor OTP atau One Time PIN ke nombor telefon anda. Jadi, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.

5. Jika sudah selesai, tekan Done.

Selepas itu, akaun MyDigi App anda akan terus log masuk. Selepas ini, anda boleh menyemak baki terkini kredit, tarikh luput kredit, jumlah penggunaan data, promosi terkini pelan internet yang ditawarkan dan sebagainya terus melalui aplikasi ini.

Cara Top Up Touch N Go eWallet Serendah RM1 Dengan DuitNow Transfer Dari Akaun Hong Leong Bank Di HLB Connect Mobile Banking App
Cara Daftar PBe Online Internet Banking | Public Bank engage MY Registration

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *