Cara Top Up Touch N Go eWallet Serendah RM1 Dengan DuitNow Transfer Dari Akaun Hong Leong Bank Di HLB Connect Mobile Banking App

Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda secara DuitNow Transfer dari akaun Hong Leong Bank menggunakan aplikasi perbankan HLB Connect.

1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.

2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun DuitNow Transfer ini.

3. Kemudian, anda perlu buka dan log masuk ke aplikasi HLB Connect. Pada laman utama ini, tekan pada Menu.

4. Pada bahagian menu ini, tekan pada Transfer.

5. Pada bahagian Transfer ini, untuk nombor 1, anda perlu pilih jenis akaun untuk pindahan duit tersebut.

6. Kemudian, untuk nombor 2, tekan pada New Transfer dan pilih Account Number.

7. Selepas itu, anda perlu pilih jenis akaun penerima atau buat carian terus Touch ‘n Go dan tekan pada jenis akaun tersebut.

8. Seterusnya, isikan pula butiran yang diminta seperti nombor akaun Touch ‘n Go, rujukan penerima dan beberapa maklumat tambahan lain jika perlu. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

9. Kemudian, untuk nombor 3, anda perlu isikan jumlah pindahan duit tersebut. Jika sudah selesai, tekan Done.

10. Pada nombor 4 pula, anda diberi pilihan untuk lakukan pindahan duit ini pada waktu lain dan sebagainya. Sekiranya sudah selesai, tekan Next dan sekali lagi Next.

11. Pastikan maklumat yang dipaparkan ini adalah betul seperti nombor akaun DuitNow Transfer Touch ‘n Go penerima dan jumlah pindahan tersebut dengan menekan pada Ready to Transfer.

12. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Receipt. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Done.

Cara Beli Atau Langgan Pas Internet Dan Panggilan Tanpa Had Di Celcom Life
Cara Log Masuk Atau Login Ke Akaun MyDigi App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *