Cara Beli Atau Langgan Pas Internet Dan Panggilan Tanpa Had Di Celcom Life
Bagi pengguna Celcom Prepaid, sekiranya anda ingin melanggan pas internet dan panggilan tanpa had sama ada secara mingguan atau bulanan, anda boleh buat langganan di telefon masing-masing melalui aplikasi Celcom Life.
1. Selepas anda buka aplikasi Celcom Life, pada laman utama ini, tekan pada Add Ons untuk mula membeli pas langganan internet.
2. Pada laman ini, anda perlu tekan pada bahagian Internet.
3. Pada bahagian Internet Pass ini, Celcom akan menawarkan pas intenet secara harian, mingguan dan bulanan mengikut pas yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, ia menawarkan pas internet bulanan internet dan panggilan tanpa had pada harga RM38 sebulan. Dalam blog ini, kami cuba melanggan pas Unlimited Internet dan Calls mingguan dengan menekan pada harga RM15.
4. Pada bahagian pengesahan ini, sila pastikan pas langganan yang dipilih adalah betul. Ia juga akan turut paparkan jumlah caj yang dikenakan dan baki kredit anda. Dibawahnya pula, anda perlu memilih jenis kaedah bayaran langganan ini.
5. Sebagai contoh, kami tekan pada Deduct From My Credit Balance untuk bayaran dari baki kredit.
6. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Celcom Life.
7. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status langganan pas Unlimited Internet dan Calls anda.