Cara Pindah Duit Dari Mata Ganjaran TikTok Ke Akaun Bank I Transfer TikTok Rewards

TikTok Rewards ialah program rujukan TikTok dimana ia membolehkan anda memperoleh mata ganjaran dengan hanya menjemput rakan anda untuk menyertai TikTok menggunakan kod jemputan atau pautan rujukan unik anda. Mata ganjaran ini pula boleh dipindahkan ke akaun bank anda atau digunakan untuk tambah nilai kredit prepaid.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara pindah duit dari mata ganjaran TikTok Rewards ke akaun bank melalui aplikasi TikTok.

1. Selepas anda buka aplikasi TikTok, tekan pada Profile yang terletak di penjuru bawah kanan untuk pergi ke bahagian Profile.

2. Seterusnya, tekan pada TikTok Rewards yang terletak di penjuru atas kiri.

3. Pada bahagian ini, ia akan paparkan jumlah mata ganjaran terkumpul anda beserta beberapa maklumat tambahan lain seperti kod jemputan dan sebagainya. Untuk guna mata ganjaran ini sebagai duit dan pindahkan ke akaun bank, tekan pada Keluarkan.

4. Disini, ia akan menyeranaikan beberapa amaun yang dibenarkan untuk pengeluaran ini seperti RM5, RM25 dan seterusnya. Jadi, anda perlu pilih amaun pengeluaran mengikut baki semasa ganjaran TikTok anda. Untuk meneruskan proses pengeluaran ini, tekan pada Mengeluarkan.

5. Pada laman ini, tekan pada Tambah kaedah pengeluaran baharu dan tekan pada Pindahan bank.

6. Kemudian, anda perlu isikan butiran yang diminta seperti nama, nama bank, nombor akaun bank, negeri dan alamat emel pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Serah.

7. Untuk meneruskan transaksi ini, tekan Keluarkan sekarang.

8. Bagi mengesahkan pengeluaran tersebut, tekan Sahkan untuk mengeluarkan.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Mengikut pengalaman kami, proses pengeluaran ini mengambil masa kurang dari sejam untuk dikreditkan ke akaun bank.

Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Aplikasi Go by Bank Islam
Cara Daftar Akaun J&T Malaysia Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *