Cara Daftar Akaun J&T Malaysia Melalui Aplikasi

Dengan aplikasi J&T Malaysia, ia memberi kemudahan kepada anda untuk membuat pesanan penghantaran dengan J&T. Melalui sistem penjejak waybill dengan teknologi terkini, anda dapat memantau dengan teliti pakej yang dihantar ke penerima.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun J&T Malaysia melalui aplikasinya.

1. Setelah anda buka aplikasi J&T Malaysia, pada laman utama ini, tekan pada Create an account untuk buka akaun baru.

2. Seterusnya, anda perlu isikan maklumat yang diminta seperti nombor telefon, nama pengguna dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Kemudian, tekan pada Get Code.

3. Selepas itu, isikan pula nombor verifikasi yang diterima pada ruangan yang disediakan sebagai pengesahan.

4. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

5. Pada bahagian Basic Information ini, anda perlu lengkapkan maklumat yang diminta seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan alamat kediaman pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.

6. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan. Selepas ini, anda boleh log masuk seperti biasa dan mula membuat tempahan penghantaran.

Cara Pindah Duit Dari Mata Ganjaran TikTok Ke Akaun Bank I Transfer TikTok Rewards
Cara Daftar Akaun Ninja Biz Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *