Cara Tukar Nombor PIN Kad ATM RHB Bank Bagi Yang Terlupa Secara Online Di App RHB Mobile Banking
Sekiranya anda terlupa nombor PIN kad ATM RHB Bank, anda boleh menukar ke nombor PIN baru di telefon masing-masing melalui aplikasi RHB Mobile Banking.
1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.
2. Seterusnya, tekan pada Account.
3. Kemudian, tekan pada Card Settings.
4. Pada bahagian Card Settings, anda perlu pilih jenis kad untuk penukaran nombor PIN tersebut sama ada anda menggunakan kad debit dan sebagainya.
5. Selepas itu, tekan pada Set PIN untuk mula menukar nombor PIN kad.
6. Pada bahagian ini, nombor PIN sementara akan dihantar ke nombor telefon anda yang berdaftar dengan RHB Bank. Jadi, isikan saja nombor PIN yang diterima tadi pada ruangan dibawah Temporary PIN.
7. Kemudian, isikan pula nombor PIN baru pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nombor PIN kad tersebut.
Jadi, anda boleh guna nombor PIN baru ini untuk pengeluaran duit di mesin ATM nanti. Jika anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan khidmat pelanggan RHB Bank.