Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Aplikasi Go by Bank Islam

Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda secara DuitNow Transfer dari akaun Bank Islam menggunakan aplikasi perbankan Go by Bank Islam.

1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.

2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun DuitNow Transfer ini.

3. Kemudian, anda perlu buka dan log masuk ke aplikasi Go by Bank Islam, pada laman utama ini, tekan pada Transfer.

4. Seterusnya, untuk lakukan pindahan ke akaun bank lain, tekan pada DuitNow.

5. Selepas itu, tekan pada New Transfer.

6. Dan tekan Account Number untuk pindahan menggunakan nombor akaun TNG eWallet penerima secara DuitNow Transfer.

7. Pada senarai Recipient Bank ini, anda perlu scroll ke bawah dan tekan pada Touch n Go eWallet.

8. Kemudian, isikan saja maklumat akaun penerima TNG eWallet seperti jumlah pindahan, jenis pindahan, nombor akaun penerima dan rujukan. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Bank Islam.

9. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

10. Kemudian, pastikan maklumat transaksi ini seperti nombor akaun TNG eWallet penerima dan jumlah pindahan adalah betul dengan menekan pada Transfer Now.

11. Untuk teruskan transaksi ini, tekan pada Approve.

12. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Home.

Cara Bayar Bil TNB Dari Akaun Bank Islam Secara Online Melalui Aplikasi GO By Bank Islam
Cara Pindah Duit Dari Mata Ganjaran TikTok Ke Akaun Bank I Transfer TikTok Rewards

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *