Cara Bayar Bil TNB Dari Akaun Bank Islam Secara Online Melalui Aplikasi GO By Bank Islam

Ikuti blog ini untuk cara bayar bil TNB anda dari akaun Bank Islam secara online menggunakan aplikasi perbankan GO By Bank Islam.

1. Selepas anda log masuk ke aplikasi GO By Bank Islam, pada laman utama ini, tekan pada Pay yang terletak di bawah.

2. Kemudian, untuk mula membayar bil TNB, tekan pada Biller.

3. Bagi pembayaran bil yang pertama kali, tekan pada New Payment.

4. Seterusnya, anda perlu scroll ke bawah dan tekan pada Tenaga Nasional Berhad untuk membayar bil elektrik anda.

5. Pada laman ini, anda perlu isikan nombor akaun bil TNB dan amaun bayaran pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Pay Now.

6. Selepas itu, sahkan maklumat yang tertera ini adalah betul seperti nombor akaun TNB dan amaun bayaran bil dengan menekan pada Confirm.

7. Untuk sahkan pembayaran bil ini, tekan Approve.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil TNB ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Another payment.

Cara Daftar Akaun BHPetrol eCard Mobile App dan Pautkan Kad Untuk Kumpul ePoints Dan Tebus Ganjaran | Referral Code: BHP0252399
Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Aplikasi Go by Bank Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *