Cara Reload Duit Dalam Touch N Go eWallet Guna Nombor PIN Untuk Tambah Nilai Baki TNG eWallet
Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai duit ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet anda menggunakan nombor PIN.
1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Reload untuk mula top up baki dompet Touch n Go anda.
2. Kemudian, anda perlu tekan pada eWallet Balance.
3. Selepas itu, tekan pula pada TNG eWallet Reload PIN.
4. Pada bahagian ini, isikan saja nombor PIN Reload tersebut pada ruangan yang disediakan.
5. Diingatkan, untuk reload baki TNG eWallet menggunakan PIN, ia mempunyai had bulanan reload sehingga RM1,500. Jika anda telah mencapai had reload ini, tambah nilai baki TNG eWallet perlu dilakukan selain dari PIN seperti DuitNow, kad debit, kad kredit dan online banking.
6. Selepas anda masukkan nombor PIN, tekan pada Reload Now.
7. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini. Anda juga boleh melihat jumlah baki terkini eWallet tersebut pada laman utama aplikasi.
Hilal KD
June 14, 2023 - 10:35 pm
Beli kt mana PIN ni min? Senang den nk share kt member topup
Admin
June 16, 2023 - 2:10 pm
Boleh beli melalui app PBe atau RHB Mobile Banking.
Ikut ini cara ini:
PBe: https://youtu.be/6M0WIOAIlak
RHB Mobile Banking: https://youtu.be/cAX8HCUVuuo