Cara Pindah Duit Dari Akaun Maybank Atau MAE Ke Bank Lain Guna App MAE
Dengan aplikasi MAE, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada dari akaun Maybank2u atau MAE bagi urusan pindahan wang, pembayaran bil dan sebagainya.
Jadi, dalam blog ini, kami nak tunjukkan cara bagaimana anda boleh lakukan pindahan duit yang ada dalam akaun Maybank2u atau MAE ke akaun bank lain.
1. Selepas anda buka dan log masuk aplikasi MAE, pada laman utama ini, untuk lakukan pindahan duit dari akaun Maybank2u atau MAE ke akaun bank lain, anda tekan pada Transfer.
2. Pada bahagian transfer ini, untuk lakukan pindahan duit ke akaun bank lain, tekan pada OTHERS.
3. Pada laman ini pula, anda diberi pilihan untuk membuat pindahan ke akaun bank lain atau secara DUITNOW atau ke luar negara. Sebagai contoh, kami tekan pada Banks.
4. Kemudian, anda dikehendaki untuk memilih jenis bank penerima pada senarai yang diberikan ini.
5. Seterusnya, anda perlu isikan nombor akaun bank penerima pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
6. Selepas itu, isikan pula jumlah pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Done.
7. Pada laman ini pula, isikan rujukan penerima pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
8. Pada bahagian Transfer from ini, anda perlu pilih jenis akaun untuk pindahan duit ini sama ada dari akaun simpanan atau MAE. Dan sahkan maklumat yang tertera adalah betul seperti nombor akaun penerima, jumlah pindahan duit dan tarikh pindahan duit tersebut dengan menekan pada Transfer Now.
9. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan wang tersebut. Anda diberi pilihan untuk kongsi resit transaksi ini dengan menekan pada Share Receipt.