Cara Aktifkan ShopeePay Later Di App Shopee Untuk Beli Barang Dan Bayar Secara Ansuran
Ikuti blog ini untuk cara aktifkan ciri SPayLater atau beli barang dulu, bayar kemudian secara ansuran di akaun Shopee masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi Shopee, pada laman utama ini, tekan pada Me yang terletak di penjuru bawah kanan.
2. Kemudian, pergi ke bahagian My Wallet dan tekan pada SPayLater.
3. Pada laman ini, ia akan paparkan secara ringkas beberapa maklumat berkenaan SPayLater yang perlu anda tahu seperti bayaran ansuran yang patuh syariah dan sebagainya. Untuk aktifkan ciri SPayLater ini, tekan pada Activate Now.
4. Kemudian, ia akan menghantar kod verifikasi dimana anda boleh pilih kod ini dihantar melalui WhatsApp atau kaedah lain. Sebagai contoh, kami tekan pada Send to WhatsApp.
5. Selepas itu, isikan saja kod verifikasi yang diterima pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
6. Pada laman ini, anda perlu muat naik maklumat diri seperti kad pengenalan untuk menggunakan ciri SPayLater. Jadi, anda perlu pilih jenis ID. Dibawahnya pula, anda perlu tekan pada gambar kamera ini untuk mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.
7. Selepas itu, tekan Submit.
8. Seterusnya, sahkan maklumat seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Confirm.
9. Pada bahagian maklumat tambahan ini, anda perlu isikan butiran yang diminta seperti jenis pekerjaan dan talian kecemasan. Sekiranya sduah selesai, tekan Next.
10. Kemudian, anda perlu lakukan pengesahan wajah dengan menekan pada Start Facial Verification dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.
11. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengesahan tersebut.
12. Pengesahan ini dijangkakan mengambil masa dalam 1 hari. Selepas pengesahan berjaya, anda boleh mula membeli barang di Shopee dengan membayar secara ansuran.