Cara Tukar Kata Laluan MySTR Atau Set Semula ID Bagi Yang Terlupa Untuk Semak Status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

Dalam blog kali ini, kami nak kongsi dengan anda cara tukar kata laluan atau reset password di portal MySTR secara online di telefon masing-masing bagi mereka yang terlupa.

1. Anda perlu layari portal MySTR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Kemudian, pada laman ini, anda isikan saja nombor kad pengenalan pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Log Masuk.

2. Selepas itu, untuk kata laluan, tekan pada Terlupa Kata Laluan.

3. Seterusnya, tekan pada Semak.

4. Kemudian, anda dikehendaki untuk isikan alamat emel yang telah didaftar pada ruangan Emel.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

6. Kemudian, anda akan menerima satu emel dari portal ini. Dalam emel ini, ia akan berikan kata laluan sementara.

7. Jadi, anda perlu pergi semula ke portal MySTR tadi, dan log masuk seperti biasa dengan mengesahkan kata kunci keselamatan.

8. Pada laman tukar kata laluan ini, isikan kata laluan sementara yang diterima dari emel tadi pada ruangan ini.

9. Kemudian, dibawahnya pula, isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan.

10. Sekiranya sudah selesai, tekan Log Masuk.

11. Akhir sekali, kata laluan anda telah ditukar dan akan terus log masuk ke portal ini.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan bagi bantuan ini, boleh hubungi terus talian hotline bantuan khas kerajaan di 1-800-88-2747.

Cara Tempah Atau Booking Bilik Hotel, Resort, Homestay Di Agoda
Cara Semak Status Permohonan Dan Kelulusan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Di MySTR

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *