Cara Tempah Atau Booking Bilik Hotel, Resort, Homestay Di Agoda
Bagi yang selalu bercuti dan menginap di hotel, anda kini dapat menempah bilik hotel secara atas talian dengan mudah melalui aplikasi Agoda dan yang paling penting anda dapat melakukan lebih penjimatan melalui tempahan bilik hotel di Agoda.
1. Bagi yang pertama kali muat turun aplikasi Agoda, anda perlu terlebih dahulu daftar akaun Agoda.
2. Seterusnya, anda perlu isikan maklumat destinasi percutian seperti tarikh check in dan check out hotel. Kemudian nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan menginap bersama anda. Dan kalau mempunyai anak-anak kecil, boleh terus klik pada i’d prefer a family room maka Agoda akan berikan cadangan bilik hotel yang mempunyai family room. Selepas itu, tekan Search.
3. Ia akan paparkan hasil carian mengikut lokasi destinasi dan tarikh yang dimasukkan.
4. Untuk memudahkan lagi hasil carian, anda boleh tetapkan beberapa tapisan atau filters mengikut kriteria anda seperti star rating, guest review score, harga dan macam-macam lagi.
5. Selain itu, anda juga dapat lihat gambar-gambar bilik hotel tersebut dan kawasan menarik yang terdapat di sekitar hotel.
6. Anda juga boleh baca ulasan pengguna sebelum ini yang pernah menginap di hotel tersebut. Ini dapat membantu anda membuat pilihan sama ada hotel ini sesuai atau tidak.
7. Untuk meneruskan proses tempahan dan bayaran, tekan pada Slide to book.
8. Untuk pembayaran, Agoda menawarkan pelbagai kaedah bayaran seperti pay now, pay later dan pay at the hotel dan ini bergantung pada polisi pembayaran bagi pihak hotel.
9. Selain itu, anda juga boleh menempah bilik hotel ini bagi pihak ketiga seperti kawan atau keluarga. Anda hanya perlu klik make this booking for someone else dan kemudian masukkan nama dan negara tempat tinggal. Setelah itu, anda boleh klik pada Slide to book untuk sahkan tempahan anda dan satu booking confirmation akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Booking confirmation ini anda boleh bawa bersama semasa check in atau anda hanya boleh tunjukkan di kaunter receptionist hotel tempahan yang dibuat dalam aplikasi ini di bahagian My bookings.