Cara Semak Status Permohonan Dan Kelulusan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Di MySTR

Dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk semak status permohonan atau kelulusan bantuan STR 2023 secara online di telefon masing-masing.

1. Anda perlu layari portal MySTR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Kemudian, pada laman ini, anda isikan saja nombor kad pengenalan pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Log Masuk.

2. Selepas itu, tekan pada Semak.

3. Sahkan kata kunci keselamatan anda seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Ya.

4. Kemudian, anda masukkan saja kata laluan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Log Masuk.

5. Pada laman utama ini, untuk semak status permohonan atau kelulusan bantuan STR 2023 anda, tekan pada Semakan.

6. Pada laman ini, ia akan paparkan butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan status permohonan tersebut.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan bagi bantuan ini, boleh hubungi terus talian hotline bantuan khas kerajaan di 1-800-88-2747.

Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Cara Tukar Kata Laluan MySTR Atau Set Semula ID Bagi Yang Terlupa Untuk Semak Status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
Cara Semak Tempat Mengundi Dan Saluran Serta Daftar Pemilih Secara Online Di Aplikasi MySPR Semak

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *