Booking.com : Cara Tempah Atau Booking Bilik Hotel Resort Homestay Melalui Aplikasi
Booking.com memudahkan anda untuk mencari tempat penginapan seperti hotel, apartment, chalet, resort dan sebagainya pada harga berpatutan. Ia juga memudahkan anda untuk membuat tempahan awal dan menyediakan pembayaran secara dalam talian.
Jadi, dalam blog ini, kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk membuat tempahan hotel atau hotel dengan Booking.com melalui aplikasinya.
1. Selepas anda buka aplikasi Booking.com, pada laman utama ini, pastikan anda telah memilih Stays.
2. Seterusnya, terdapat 3 maklumat yang perlu anda isikan. Pada bahagian pertama, anda perlu mencari lokasi penginapan sama ada nama tempat tersebut atau nama hotel itu. Sebagai contoh, kami terus letakkan nama hotel tersebut pada ruangan carian ini.
3. Bahagian kedua, anda perlu membuat pilihan tempoh penginapan pada tarikh yang diberikan ini.
4. Dan ketiga, anda perlu memilih jumlah tetamu yang bakal menginap bilik hotel tersebut. Maklumat ini penting bagi memudahkan sistem Booking.com mencari bilik yang sesuai mengikut jumlah tetamu.
5. Sekiranya sudah selesai, tekan Search.
6. Jika anda membuat carian mengikut lokasi penginapan, ia akan menyenaraikan hotel, bilik, homestay atau mana-mana penginapan yang berdekatan. Jika anda perhatikan, setiap dari senarai penginapan ini, ia memberi maklumat seperti nama, jarak dari lokasi carian kita, jenis penginapan, harga, rating dan sebagainya.
7. Pada bahagian atas ini, anda boleh menapis carian penginapan tersebut mengikut harga, rating, lokasi dan sebagainya. Untuk memilih tempat penginapan tersebut, anda tekan saja pada senarai yang diberikan.
8. Seterusnya, pada laman ini, ia akan paparkan butiran terperinci hotel tersebut seperti harga, waktu penginapan, jenis bilik dan sebagainya. Sekiranya sudah selesai, tekan Select rooms.
9. Pada laman ini, ia akan paparkan sekali lagi butiran bilik tersebut. Sekiranya anda ingin menukar saiz atau jenis bilik, tekan saja pada Show other options dimana ia akan senaraikan pilihan bilik yang masih ada.
10. Sekiranya sudah selesai membuat pilihan, tekan butang Select, Reserve dan seterusnya tekan Final step untuk mula membuat bayaran.
11. Pada laman ini, isikan saja butiran diri anda seperti nama, alamat emel, negara dan nombor telefon. Sekiranya sudah selesai, tekan Next step.
12. Pada laman ini pula, anda diberi pilihan untuk membayar secara Pay later atau Pay now. Untuk pembayaran, terdapat 3 pilihan iaitu secara kad, Paypal dan Google Pay. Bagi pembayaran kad, anda tekan saja pada butang New card.
13. Dan isikan saja butiran kad tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Use this card.
14. Kemudian, anda tekan Book now dan lengkapkan saja proses bayaran tersebut sehinga selesai.
15. Akhir sekali, ia akan paparkan status tempahan hotel anda.
16. Anda juga boleh menyemak status dan perincian tempahan hotel tersebut seperti nombor tempahan pada emel atau melalui aplikasi ini pada bahagian Bookings.
Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan semasa membuat tempahan hotel ini, hubungi terus dengan khidmat pelanggan Booking.com.