Cara Muat Turun Penyata Public Bank Atau Download Bank Statement Secara Online Di PBe Guna Telefon

Bagi pengguna Public Bank, anda boleh dapatkan penyata bank tanpa perlu ke cawangan Public Bank dimana anda boleh dapatkan penyata ini secara online saja di PBe.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk dapatkan penyata bank secara online melalui PBe di browser telefon masing-masing.

1. Anda perlu layari laman web PBe dan log masuk ke akaun anda seperti biasa dengan mengisikan nama pengguna, sahkan frasa log masuk dan kata laluan.

2. Pada laman utama ini, anda tekan pada Account.

3. Seterusnya, tekan pada Statement.

4. Pada bahagian Statement ini, anda perlu pilih jenis akaun untuk penyata tersebut sama ada dari akaun simpanan, akaun semasa dan sebagainya. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

5. Pada laman ini, anda perlu pilih tarikh penyata tersebut dari senarai yang diberikan.

6. Selepas anda tekan pada tarikh penyata tersebut, ia akan secara automatik muat turun penyata itu terus dari telefon anda.

Selepas ini, anda boleh gunakan penyata ini untuk pelbagai jenis urusan yang memerlukan penyata bank seperti ingin memohon pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya.

Cara Daftar Akaun MAE By Maybank2u
Cara Beli Tiket Wayang Di GSC Cinemas Secara Online Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *