Cara Semak Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Kenderaan Di MyJPJ App I Roadtax LKM Digital

1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi MyJPJ, pada laman utama ini, tekan pada Profil yang terletak di kanan bawah.

2. Selepas itu, tekan pada lesen memandu untuk melihat lesen memandu digital anda. Untuk melihat paparan penuh, tekan saja pada Paparan Penuh.

3. Jika anda scroll ke bawah, kod ini digunakan untuk penguatkuasa saja semasa pemeriksaan nanti.

4. Dan jika anda ingin melihat pula lesen kenderaan motor yang berdaftar diatas nama anda, tekan pada Lesen Kenderaan Motor.

5. Dan tekan saja pada nombor pendaftaran kenderaan anda dari senarai ini jika ada.

6. Disini, ia akan paparkan cukai jalan kenderaan anda. Macam biasa, untuk melihat paparan penuh, tekan pada Paparan Penuh.

7. Jika anda scroll ke bawah, kod ini digunakan untuk penguatkuasa saja semasa pemeriksaan nanti. Dibahagian bawah kod ini, ia akan paparkan maklumat insurans kenderaan anda seperti tarikh mula dan tarikh luput.

Cara Reset Password Atau Tetapkan Semula Nama ID Dan Kata Laluan CIMB Clicks Bagi Anda Yang Terlupa
Cara Daftar Akaun MAE By Maybank2u

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *