Cara Transfer Atau Keluarkan Duit ASB Ke Akaun Bank Melalui Aplikasi myASNB

Sebelum ini, jika anda ingin keluarkan duit dari ASB sebagai contoh dari Amanah Saham Nasional, anda perlu ke kaunter seperti di Pejabat Pos, bank atau kios ASNB. Namun sekarang ini, sebagai pemegang unit ASB, anda dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara atas talian sama ada melalui laman web atau aplikasi myASNB.

Jadi, dalam blog ini, kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk melakukan penjualan unit ASB dan pindahkan duit tersebut ke akaun bank sendiri melalui aplikasi myASNB.

1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi myASNB, pada laman utama ini, di bahagian atas, anda perlu scroll ke arah kiri.

2. Selepas itu, tekan Jualan Balik.

3. Seterusnya, anda perlu memilih jenis unit amanah untuk penjualan unit tersebut.

4. Kemudian, pada laman ini, pastikan maklumat akaun bank adalah betul seperti yang tertera. Pada bahagian Jumlah (unit), masukkan saja amaun unit yang ingin dijual pada ruangan disediakan. Diingatkan minimum unit yang boleh dijual adalah sebanyak 100 unit. Sekiranya sudah selesai, tekan pada bulatan ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari myASNB.

5. Selepas itu, tekan Seterusnya.

6. Pada laman ini, sahkan maklumat yang tertera seperti akaun bank dan jumlah unit yang ingin dijual adalah betul. Kemudian, anda perlu scroll ke bawah dan tekan butang Hantar.

7. Pada laman ini, pilih kaedah pengesahan untuk meneruskan transaksi ini. Sebagai contoh, kami memilih pengesahan melalui SMS TAC.

8. Masukkan saja nombor pengesahan TAC yang diterima pada ruangan yang disediakan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Hantar.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi jualan unit tersebut.

Dijangkakan pembayaran duit ASB anda akan diproses dalam tempoh masa 2 hingga 3 hari bekerja bergantung pada bank.

Cara Tukar Nama Di Facebook Melalui Aplikasi
Cara Daftar RHB Mobile Banking Untuk Transaksi Online Dari RHB Bank Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *