Cara Daftar RHB Mobile Banking Untuk Transaksi Online Dari RHB Bank Melalui Aplikasi
Dengan aplikasi RHB Mobile Banking dari RHB Bank, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan secara dalam talian sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran, tambah nilai dan pelbagai jenis urusan terus dari telefon anda.
Jadi, ikuti blog ini untuk cara daftar dan log masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking sebelum anda boleh lakukan urusan perbankan internet melalui aplikasi ini.
1. Selepas anda buka aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman log masuk ini, tekan pada Register with RHB untuk mula mendaftar.
2. Kemudian, anda dikehendaki untuk isikan nombor kad pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
3. Selepas itu, isikan pula nombor PIN kad tersebut diruangan bawahnya. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
4. Seterusnya, anda perlu isi nombor telefon yang berdaftar pada bahagian Mobile Number dibawahnya. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
5. Pada bahagian ini, isikan saja nombor OTP yang diterima sebagai pengesahan.
6. Selepas itu, anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran yang diminta seperti nama pengguna, kata laluan, emel dan Secure Word. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
7. Seterusnya, pada laman ini, jika anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan ini, tekan saja pada tiga kotak tersebut.
8. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
9. Anda dikehendaki sekali lagi isikan nombor OTP yang diterima sebagai pengesahan.
10. Selepas itu, pada bahagian soalan keselamatan ini, anda dikehendaki untuk memilih soalan beserta jawapan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
11. Seterusnya, anda diberi pilihan untuk tetapkan sekuriti log masuk secara nombor PIN atau Biometrik. Jika sudah selesai, tekan Continue.
12. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat yang dinyatakan.
13. Sekiranya sudah selesai, tekan Authorise Now.
14. Selepas ini, anda boleh lakukan pelbagai jenis urusan perbankan internet dari akaun RHB Bank yang ditawarkan dalam aplikasi ini.