Cara Tukar Kata Laluan Akaun MyEG Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun MyEG, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi MyEG di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi MyEG, pada laman ini, tekan pada Forgot Password yang terletak dibawah sekali.

2. Kemudian, untuk mula tukar kata laluan, tekan pada Password.

3. Seterusnya, isikan saja butiran yang diminta seperti nama pengguna dan nombor IC pada ruangan yang disediakan. Jika anda terlupa nama pengguna, tekan saja pada Username. Sekiranya sudah selesai, tekan Recover Password.

4. Selepas itu, anda perlu semak emel dimana MyEG akan menghantar satu pautan dan anda tekan saja pada link ini untuk meneruskan proses penukaran ke kata laluan baru.

5. Kemudian, pada laman ini, isika saja kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Submit.

6. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan MyEG.

Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Akaun CIMB Clicks Melalui Aplikasi CIMB OCTO MY
Cara Muat Turun Atau Download Penyata Maybank Melalui Aplikasi MAE

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *