Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Akaun MAE by Maybank2 App
Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda dari akaun Maybank2u secara DuitNow Transfer menggunakan aplikasi perbankan MAE Maybank.
1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.
2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun ini.
3. Selepas itu, anda buka dan log masuk ke aplikasi MAE. Dan pada laman utama ini, tekan pada Maybank2u yang terletak dibawah.
4. Seterusnya, tekan pada akaun simpanan anda.
5. Pada laman ini, tekan pada Transfer.
6. Selepas itu, tekan pula pada Others.
7. Seterusnya, tekan pada Banks.
8. Pada bahagian ini, anda boleh terus buat carian Touch n Go dan tekan pada Touch N Go eWallet.
9. Kemudian, anda hanya perlu taip semula atau tampal nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet tadi pada ruangan yang disediakan.
10. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
11. Selepas itu, anda dikehendaki mengisikan jumlah tambah nilai ini. Sekiranya sudah selesai, tekan pada Next.
12. Kemudian, isikan rujukan penerima pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Continue.
13. Seterusnya, anda perlu memilih jenis dan mod pindahan. Jika sudah selesai, tekan Continue.
14. Pastikan nama nombor akaun DuitNow TNG eWallet penerima serta jumlah tambah nilai ini adalah betul seperti yang dipaparkan. Sekiranya sudah selesai, tekan Transfer Now.
15. Kemudian, tekan Approve.
16. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini. Untuk simpan atau kongsi resit transaksi ini, tekan pada Share Receipt. Dan jika anda ingin menyimpan maklumat akaun DuitNow TNG eWallet ini bagi memudahkan urusan transaksi pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourites.