Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Akaun CIMB Clicks Melalui Aplikasi CIMB OCTO MY

Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda dari akaun CIMB Clicks secara DuitNow Transfer menggunakan aplikasi perbankan CIMB Octo MY.

1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.

2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun ini.

3. Kemudian, anda buka dan log masuk ke aplikasi CIMB Octo. Dan pada laman utama ini, tekan pada Transfer.

4. Seterusnya, untuk lakukan pindahan ke akaun TNG eWallet, tekan pada New Transfer.

5. Dan pilih E-Wallet Number.

6. Selepas itu, anda perlu buat carian Touch N Go dan tekan pada Touch N Go eWallet.

7. Kemudian, isikan pula nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet penerima pada ruangan Enter Account Number.

8. Anda juga diberi pilihan untuk simpan maklumat akaun TNG ini untuk transaksi yang akan datang dengan menekan pada Save as Favourite.

9. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

10. Anda perlu pilih jenis akaun dan pindahan untuk tambah nilai ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

11. Selepas itu, anda perlu isikan pula amaun tambah nilai tersebut pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.

12. Pada bahagian rujukan penerima ini, anda diberi pilihan untuk maklumkan tujuan transaksi ini pada penerima. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

13. Kemudian, sahkan butiran transaksi ini adalah betul seperti nama dan nombor akaun TNG eWallet serta amaun tambah nilai dengan menekan pada Approve.

14. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini.

15. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Done.

Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Akaun MAE by Maybank2 App
Cara Tukar Kata Laluan Akaun MyEG Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *