Cara Tukar Kata Laluan Akaun myTNB Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun myTNB, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi myTNB di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi myTNB, pada laman log masuk ini, tekan pada Log In.

2. Kemudian, untuk mula tukar kata laluan, tekan pada Forgot your password.

3. Selepas itu, isikan saja alamat emel yang berdaftar dengan akaun myTNB ini pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Submit.

4. Seterusnya, isikan pula 4 digit kod keselamatan yang diterima dari emel pada ruangan yang disediakan.

5. Selepas itu, pihak myTNB akan menghantar kata laluan sementara melalui emel yang sama.

6. Jadi, anda perlu pergi ke laman log masuk dan daftar masuk gunakan emel beserta kata laluan sementara tadi. Jika sudah selesai, tekan Log In.

7. Kemudian, pada laman ini, isikan saja kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Submit.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan myTNB.

Cara Daftar Ahli Sunway Super App|Sunway Loyalty Program Member Registration
Cara Tukar Kata Laluan Akaun MyTax Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *