Cara Tukar Kata Laluan Akaun MyTax Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun MyTax, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui laman web MyTax di browser telefon masing-masing.

1. Anda perlu layari laman MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/. Kemudian, anda perlu isikan nombor kad pengenalan pada ruangan ini. Jika sudah selesai, tekan Hantar.

2. Selepas itu, untuk mula tukar kata laluan baru, tekan pada Lupa kata laluan.

3. Pada laman ini, anda perlu tekan ini dan pilih medium set semula kata laluan seperti melalui emel dan lain-lain.

4. Sahkan alamat emel seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Ya.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

6. Selepas itu, anda perlu semak emel dimana pihak HASIL akan menghantar satu pautan dan anda tekan saja pada link ini untuk meneruskan proses penukaran ke kata laluan baru.

7. Kemudian, pada laman ini, isikan saja kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Hantar.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan HASIL.

Cara Tukar Kata Laluan Akaun myTNB Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi
Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Akaun MAE by Maybank2 App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *