Cara Daftar Ahli Sunway Super App|Sunway Loyalty Program Member Registration
Dengan berdaftar sebagai ahli Sunway Super App, anda dapat mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk pembelian barangan atau perkhidmatan di cawangan peniaga Sunway yang mengambil bahagian. Antara manfaat lain seperti promosi dan ganjaran eksklusif ahli, mata ganjaran boleh ditukar kepada kredit tempat letak kereta, manfaat Hari Lahir, akses Acara Eksklusif dan sebagainya.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk daftar sebagai ahli Sunway Super App melalui aplikasinya.
1. Selepas anda buka aplikasi Sunway Super App, pada laman log masuk ini, tekan pada Register untuk mula mendaftar.
2. Pada bahagian pendaftaran ini, isikan saja maklumat yang diminta seperti nama, emel, nombor telefon dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Kemudian, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.
3. Sekiranya sudah selesai, tekan Register.
4. Selepas itu, anda akan terus log masuk ke aplikasi ini. Untuk lengkapkan proses pendaftaran, tekan pada Account.
5. Seterusnya, tekan pada Edit my info.
6. Pada laman ini, tekan pada butang Edit dan lengkapkan butiran yang diminta seperti jantina, bangsa dan poskod.
7. Akhir sekali, ia akan paparkan status kemaskini maklumat akaun anda.