Cara Tukar Kata Laluan Akaun Air Selangor Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun Air Selangor, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi Air Selangor di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Air Selangor, pada laman utama ini, tekan pada Login.

2. Kemudian, untuk mula tukar kata laluan, tekan pada Forgot password.

3. Selepas itu, anda diberi pilihan untuk memilih kaedah penukaran kata laluan ini sama ada melalui nombor telefon atau emel yang berdaftar dengan Air Selangor. Sebagai contoh, kami tekan pada Use Email.

4. Kemudian, isikan saja emel yang berdaftar dengan akaun Air Selangor pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Send.

5. Seterusnya, anda perlu semak emel. Dalam emel ini, ia akan memberikan kata laluan sementara.

6. Jadi, anda perlu pergi semula ke laman log masuk dengan mengisikan emel dan kata laluan sementara tadi pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Login.

7. Selepas itu, anda dikehendaki untuk menukar kata laluan baru. Jadi, tekan pada butang Settings yang terletak di atas kanan.

8. Kemudian, tekan pada Change Password.

9. Pada bahagian ini, anda perlu isikan kata laluan sementara pada ruangan Current Password manakala kata laluan baru pada ruangan New Password. Sekiranya sudah selesai, tekan Update.

Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini. Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan Air Selangor.

Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Guna Mata Ganjaran TikTok Rewards
Cara Daftar Ahli Sunway Super App|Sunway Loyalty Program Member Registration

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *