Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Guna Mata Ganjaran TikTok Rewards
TikTok Rewards ialah program rujukan TikTok dimana ia membolehkan anda memperoleh mata ganjaran dengan hanya menjemput rakan anda untuk menyertai TikTok menggunakan kod jemputan atau pautan rujukan unik anda. Mata ganjaran ini pula boleh dipindahkan ke akaun bank anda atau digunakan untuk tambah nilai kredit prepaid.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara tambah nilai kredit prepaid guna mata ganjaran TikTok Rewards melalui aplikasi TikTok.
1. Selepas anda buka aplikasi TikTok, tekan pada Profile yang terletak di penjuru bawah kanan untuk pergi ke bahagian Profile.
2. Seterusnya, tekan pada TikTok Rewards yang terletak di penjuru atas kiri.
3. Pada bahagian ini, ia akan paparkan jumlah mata ganjaran terkumpul anda beserta beberapa maklumat tambahan lain seperti kod jemputan dan sebagainya. Untuk mula gunakan mata ganjaran TikTok Rewards ini, tekan pada mata ganjaran anda.
4. Pada laman ini, anda diberi pilihan juga untuk pindah nilai ganjaran ini ke akaun bank. Untuk gunakan mata ganjaran ini bagi tambah nilai kredit prepaid, tekan pada Tambah nilai.
5. Pada bahagian Mobile top-up, isikan saja nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan dan jenis operator dari senarai yang diberikan. Jumlah tambah nilai yang dibenarkan ini bergantung pada baki nilai ganjaran semasa anda.
6. Kemudian, anda perlu pilih amaun tambah nilai kredit ini.
7. Selepas itu, sahkan maklumat tambah nilai kredit ini adalah betul seperti nombor telefon, jenis operator dan harga tambah nilai dengan menekan pada Sahkan.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Mengikut pengalaman kami, proses ini mengambil masa kurang dari seminit untuk dikreditkan ke nombor telefon anda.