Cara Semak Status Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Di MySTR Guna Telefon
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk semak status bayaran bantuan STR 2023 secara online di telefon masing-masing.
1. Anda perlu layari portal MySTR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Kemudian, pada laman ini, anda isikan saja nombor kad pengenalan pada ruangan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Log Masuk.
2. Selepas itu, tekan pada Semak.
3. Sahkan kata kunci keselamatan anda seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Ya.
4. Kemudian, anda masukkan saja kata laluan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Log Masuk.
5. Pada laman utama ini, untuk semak status bayaran bantuan STR 2023 anda, tekan pada Semakan.
6. Pada laman ini, ia akan paparkan butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan status permohonan tersebut. Untuk semak status bayaran, tekan pada Maklumat Bayaran.
7. Disini, ia akan paparkan jumlah bayaran, status kredit, tarikh tunai, nama bank dan nombor akaun bank tersebut.
Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan bagi bantuan ini, boleh hubungi terus talian hotline bantuan khas kerajaan di 1-800-88-2747.
Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.