Cara Daftar Sebagai Pemandu Maxim Melalui Aplikasi | Taxsee Driver Registration

Maxim menyediakan servis pengangkutan dan penghantaran, sebagai contoh ia membolehkan anda untuk menempah pengangkutan dengan caj bayaran yang tertentu untuk destinasi perjalanan tersebut dan ia juga memberi pilihan kepada pemandu untuk menerima tambang tersebut atau menawarkan harga tambang mereka.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara untuk daftar sebagai pemandu Maxim.

1. Selepas anda buka aplikasi Maxim Driver, pada laman ini, tekan pada Register.

2. Kemudian, anda perlu memilih bandar dan isikan pula nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Seterusnya.

3. Selepas itu, isikan 4 digit kod yang diterima pada ruangan ini. Pada bahagian ini, anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran yang diminta seperti nama, jantina, tarikh lahir dan emel pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

4. Seterusnya, pilih jenis pendapatan dengan menekan pada Pengangkutan. Jika sudah selesai, tekan Pilih.

5. Kemudian, anda dikehendaki untuk isikan nombor kad pengenalan pada ruangan Nombor IC. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

6. Untuk maklumat kenderaan ini, lengkapkan maklumat yang diminta seperti kategori, jenama kereta, tahuan pembuatan, warna dan nombor pendaftaran kenderaan. Jika sudah selesai, tekan Seterusnya.

7. Kemudian anda perlu semak emel. Ada dua emel, yang pertama, anda perlu sahkan alamat emel dengan menekan pada pautan yang diberikan.

8. Emel kedua pula, anda dikehendaki untuk muat turun aplikasi Taxsee Driver dengan menekan pada Muat turun aplikasi.

9. Pihak Maxim juga turut menghantar SMS untuk maklumat log masuk ke dalam aplikasi Taxsee Driver ini seperti Login ID dan kata laluan. Jadi, selepas anda pasang aplikasi Taxsee Driver, pada laman log masuk ini, tekan pada Log In Using Your Login.

10. Selepas itu, gunakan maklumat Login dan Password yang diberikan. Sekiranya sudah selesai, tekan Log In.

11. Untuk meneruskan proses pendaftaran, tekan pada Menu.

12. Selepas itu, tekan pada Show Profile.

13. Pada bahagian Profile ini, anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran yang diminta dengan menekan kepada semua Photo verification. Dan anda perlu muat naik dokumen yang diminta seperti muat naik maklumat lesen memandu, pengesahan ID dengan mengambil gambar, muat naik Kad ID atau Kad pengenalan serta Maklumat Kenderaan dimana anda perlu lengkapkan butiran kenderaan seperti insurans, lesen PSV, gambar kenderaan dan beberapa tambahan maklumat lain.

14. Sekiranya sudah selesai, nantikan maklum balas dari pihak Maxim.

Cara Bayar Bil Air Selangor Dari Akaun Hong Leong Bank Melalui Aplikasi HLB Connect | JomPAY Biller Code 4200
Cara Semak Status Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Di MySTR Guna Telefon

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *