Cara Daftar Akaun Bateriku Melalui Aplikasi | Servis Penggantian Bateri Kereta Terus Ke Tempat Anda
Dengan aplikasi Bateriku, ia memudahkan anda untuk menempah servis penggantian bateri secara dalam talian termasuk perkhidmatan tambahan lain yang ditawarkan dalam aplikasi ini seperti bantuan tayar pancit dan pengisian minyak serta perkhidmatan trak tunda.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun Bateriku melalui aplikasinya.
1. Setelah anda buka aplikasi Bateriku, pada laman ini, tekan pada Proceed.
2. Kemudian, anda dikehendaki untuk memilih bahasa dari senarai yang diberikan ini.
3. Selepas itu, untuk mula mendaftar, tekan pada Sign Up.
4. Pada bahagian pendaftaran ini, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti nama, alamat emel, nombor telefon, dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Register.
5. Kemudian, anda akan menerima kod pengesahan melalui SMS. Isikan saja kod pengesahan yang diterima tadi pada ruangan ini.
6. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan. Untuk perkhidmatan penggantian bateri kereta, tekan saja pada Car Battery. Manakala, jika anda memerlukan perkhidmatan tunda kereta, tekan pada Towing Services.