Cara Semak Saman JPJ Di MyEG Melalui Aplikasi

Aplikasi MyEG menawarkan pelbagai ciri-ciri baru untuk memudahkan anda melaksanakan pelbagai urus niaga e-kerajaan seperti pembaharuan cukai jalan, pemeriksaan dan pembayaran saman PDRM serta JPJ dan sebagainya.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk semak saman JPJ di MyEG melalui aplikasinya.

1. Setelah anda buka aplikasi MyEG, log masuk ke akaun MyEG seperti biasa. Pada laman utama ini, untuk semak saman JPJ, tekan pada JPJ Summons.

2. Selepas itu, isikan saja nombor kad pengenalan pada ruangan ID Number dibawahnya.

3. Anda juga boleh semak saman JPJ bagi pihak ketiga. Dan diingatkan, untuk saman JPJ yang baru, ia akan ambil masa hingga 2 hari untuk dipaparkan disini. Sekiranya sudah selesai, tekan Check Summons.

4. Selepas itu, hasil carian akan dipaparkan sama ada anda mempunyai saman atau tiada.

Cara Tukar Kata Laluan Akaun airasia Superapp Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Cara Bayar Bil Air Selangor Dari Akaun Hong Leong Bank Melalui Aplikasi HLB Connect | JomPAY Biller Code 4200

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *