Cara Tukar Kata Laluan Akaun idMe Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa | Sistem Pengurusan IDentiti

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun Sistem Pengurusan IDentiti atau idMe , anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password secara online di browser telefon masing-masing.

1. Anda perlu layari laman login idMe di pautan https://idme.moe.gov.my/login. Pada laman log masuk ini, tekan pada Lupa Kata Laluan untuk mula menukar ke kata laluan baru.

2. Seterusnya, isikan saja alamat emel yang didaftarkan pada ruangan yang disediakan. Dibawahnya pula, isikan Captcha seperti yang tertera. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar Tetapan.

3. Kemudian, pihak idMe akan menghantar satu emel pengesahan penetapan semula kata laluan. Dalam emel ini, anda perlu tekan pada pautan ini, Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna untuk proses seterusnya.

4. Pada laman ini, anda perlu lengkapkan butiran yang diminta seperti emel dan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan. Dibawahnya pula, isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Selepas itu, isikan Captcha seperti yang tertera ini. Jika sudah selesai, tekan Menetapkan semula kata laluan.

5. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Cara Daftar Akaun Pop Meals Melalui Aplikasi
Cara Tukar Kata Laluan Akaun airasia Superapp Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *